Usia 35 Tahun Ke Atas & Mahu Anak: Kenapa Tindakan Awal Sangat Penting

Ramai pasangan hari ini lebih bersedia dari segi kewangan dan emosi sebelum memulakan keluarga. Tapi bila usia semakin meningkat, muncul satu persoalan yang meresahkan — masih adakah masa untuk kami mendapatkan cahaya mata?

Kalau anda berusia 35 tahun ke atas dan masih belum hamil, jawapannya ialah: peluang masih ada, tapi tindakan sekarang sangat penting. Kesuburan tidak menunggu kita.

Realiti Yang Ramai Tak Sedar

Secara semula jadi, kesuburan wanita menurun apabila umur meningkat. Selepas usia 35, bilangan dan kualiti telur berkurang, dan risiko komplikasi dalam kehamilan juga bertambah. Bagi lelaki pula, walaupun kesuburan lebih stabil, faktor usia tetap memberi kesan terhadap hormon dan kualiti sperma.

Sayangnya, ramai pasangan tidak tahu mereka sebenarnya sudah pun berdepan masalah kesuburan. Mereka terus mencuba secara semula jadi — bulan demi bulan — dengan harapan “mungkin kali ini jadi.” Tapi hakikatnya, setiap bulan yang berlalu tanpa rawatan adalah peluang yang semakin tipis.

 

“Baru Nak Mula, Tapi Umur Dah 39 Tahun…”

Antara kisah yang paling dekat di hati kami adalah seorang pesakit wanita berusia 39 tahun. Beliau baru sahaja mula serius untuk hamil. Wajahnya tenang, tetapi penuh harapan.

Kami lakukan pemeriksaan hormon, ultrasound rahim dan ovari, serta HSG untuk memastikan tiub tidak tersumbat. Secara fizikal, beliau sihat — tidak nampak apa-apa ‘masalah’ dari luar. Tetapi dari sudut biologi, kami tahu bahawa masa sangat kritikal bagi beliau.

Usia bukan penghalang, tapi ia adalah faktor yang tidak boleh diketepikan. Pada usia ini, jumlah dan kualiti telur sangat menurun. Sekalipun ovulasi berlaku, kebarangkalian telur untuk menjadi matang dan sihat menjadi lebih rendah. Kami berikan rawatan bersesuaian secepat mungkin — kerana kami tahu, setiap bulan sangat berharga.

Beliau adalah contoh ramai wanita hebat di luar sana — yang mampu, bersedia, sihat secara luaran, tapi terlambat sedar tentang kesuburan dalaman.

 

“Kami Dah Cuba 5–6 Tahun Sendiri… Rupanya Dua-Dua Tiub Saya Tersumbat”

Kisah ini pula lebih menyentuh perasaan — pasangan ini datang dengan wajah yang hampir putus harapan. Mereka telah mencuba untuk hamil selama lebih lima tahun. Bila kami tanya, “Pernah buat pemeriksaan kesuburan sebelum ini?” Jawapannya, belum.

Wanita ini mempunyai kitaran haid yang cantik, tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius. Dari luaran, semuanya kelihatan normal. Tapi apabila ujian HSG dijalankan, kami dapati kedua-dua tiub fallopio beliau tersumbat sepenuhnya.

Tiub fallopio adalah laluan antara ovari dan rahim — tempat persenyawaan berlaku. Jika kedua-duanya tersumbat, hamil secara semula jadi adalah hampir mustahil, walau sekuat mana pun anda mencuba.

Bayangkan, jika beliau tidak datang untuk pemeriksaan, kemungkinan besar impian untuk memiliki anak tidak akan menjadi kenyataan. Tapi kerana beliau hadir, dan diagnosis dibuat tepat, kami terus sarankan rawatan bersesuaian seperti IVF yang bypass penggunaan tiub.

Hari ni, mereka sedang menantikan kelahiran anak pertama.

 

Pemeriksaan Kesuburan: Apa Yang Perlu Anda Buat Sekarang?

Jangan tunggu sehingga kecewa baru bertindak. Langkah pertama adalah membuat pemeriksaan kesuburan menyeluruh, termasuk:

  • Ujian hormon wanita – untuk menilai keseimbangan hormon yang penting untuk ovulasi
  • Ultrasound scan rahim dan ovari – untuk melihat keadaan dalaman, termasuk cyst, fibroid atau tanda PCOS
  • Ujian HSG (hysterosalpingogram) – untuk periksa sama ada tiub fallopio terbuka atau tersumbat
  • Ujian air mani suami – untuk menilai jumlah, bentuk dan pergerakan sperma

Setelah keputusan diperoleh, barulah rawatan boleh disesuaikan — sama ada ubat hormon, prosedur IUI, atau IVF.

 

Jangan Bertangguh Lagi

Mungkin anda sihat. Mungkin haid anda teratur. Mungkin anda fikir “tunggu dulu, nanti datang sendiri.” Tapi bagaimana jika masalah itu tersembunyi — seperti tiub tersumbat tadi?

Setiap bulan yang anda tunggu tanpa rawatan adalah masa yang tidak boleh dikembalikan. Lebih awal anda bertindak, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan rawatan yang ringkas, mudah, dan berkesan.

👉 Jangan tunggu. Buatlah temujanji awal di Klinik Subur Hamil.

Kami sedia membantu anda dengan pemeriksaan lengkap dan nasihat daripada doktor pakar.

Jika anda berada di kawasan utara seperti Kulim, Sungai Petani atau Pulau Pinang – Klinik Subur Hamil yang beroperasi di Klinik Naura, Kulim, Kedah, sedia membantu anda memulakan langkah pertama.

Temujanji anda hari ini, mungkin membuka jalan kepada zuriat esok.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Usaha untuk hadirkan senyuman si comel anda bersama-sama dengan kami

    KLINIK NAURA DR RADHIYA RAZIF

    Klinik Naura Dr Radhiya Razif, No. 31, Persiaran 1, Kulim Avenue, Kulim Hi Tech Park

    • 019-488 3440
    • tanyakliniknaura@gmail.com

    Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami, bersama pembekal perkhidmatan kami yang sah, boleh menggunakan kuki, suar web dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat. Ini membolehkan kami memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan lebih selamat. Selain itu, teknologi ini membantu kami menyesuaikan pengiklanan kami mengikut keutamaan dan minat anda, memastikan anda menerima kandungan yang berkaitan dan menarik. Dengan menggunakan teknologi ini, kami boleh meningkatkan perkhidmatan kami secara berterusan dan menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan dan cekap.

    Hak Cipta Terpelihara | Klinik Naura Dr Radhiya Razif oleh Naura Cara Sdn Bhd © 2025. Rekabentuk & Pembangunan Oleh Sawangville Digital Solutions